Wednesday 28 March 2012

Kesan dari aspek perubatan





PERUBATAN


Pengenalan
Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran.
Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud”

“Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati”.

Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.


Tokoh Perubatan Islam
Sejarah Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi yang menghasilkan "Kitab al-Hawi", Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab", Ibn Sina tahun (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd tahun 1126 - 1198(al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri. Antara lainnya Al Zahrawi dan Ibnu Nafis

1. Ibnu Nafis ( 1208 - 1288).
Nama sebenar beliau ialah Ala-al-Din Ibn Nafis. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria, beliau meninggal dunia di Kaherah. Ibnu Nafis yang turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan. Selain seorang cendikiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.
 

No comments:

Post a Comment