Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di
tanah Arab. Dibawah pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah
tersebar pesat dan luas menambat hati dan iman penduduk Semenanjung Arab.
Kurang satu abad selepas kota Mekah dibuka semula
pada tahun 630, kerajaan Islam telah berjaya menyebar luaskan agama Islam
sehingga ke India dan hingga ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.
Di bahagian barat, penyebaran agama Islam lebih
cepat berlaku terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada Tahun 711, Islam
berjaya sampai ke Sepanyol.
Hasil daripada penyebaran agama Islam hingga hampir
dua per tiga dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada kerajaan Islam.
Budaya Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.
Inilah titik permulaan kepada perkembangan ilmu
pengetahuan. Agama Islam telah membawa satu budaya yakni budaya cintakan ilmu
yang sangat besar peranannya kepada dunia ilmu pengetahuan.
Itulah cantiknya Islam, tidak pernah menolak
bulat-bulat ilmu pengetahuan di dalam kehidupan.
Sejarah Matematik
Islam
Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat lebih suka
merujuk perkembangan sejarah Matematik ditanah Arab sebagai Matematik Islam
kerana ia adalah kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa Rasulullah yang
mementingkan soal ilmu pengetahuan.
Perkembangan Ilmu pengetahuan banyak berlaku di
zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa yang sama Eropah masih di Zaman
Gelap.
Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya dikalangan
orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir. Jadi, Matematik Islam
lebih sesuai dengan daripada Matematik Arab.
Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur membuka kota
Baghdad yang selepas itu menjadi tempat perkembangan Ilmu termasyhur didunia.
Cendiakawan dan cerdik pandai dialu-alukan kedatangan mereka ke Kota Baghdad.
Khalifah Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun
786 hingga 809 telah menubuhkan perpustakaan di Baghdad.
Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari pelbagai
bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya dari tamadun Yunani
termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks saintifik. Kemudian ia
diterjemahkan ke bahasa Arab.
Penganti Harun al-Rashid, Khalifah Al-Ma'mun
meneruskan usaha ini pada skala yang lebih besar dan sehingga tertubuhnya
Baitul Hikmah yang bertahan selama 200 tahun.
Ilmuan-ilmuan dari seluruh bahagian dalam
pemerintahan dijemput untuk menterjemahkan bahasa Greek dan India dan juga
menjalankan penyelidikan.
Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas kerja
cendiakawan seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus, Plotemy dan
ramai lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa arab untuk kegunaan
ilmuan-ilmuan disana.
Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya mengumpul
kajian-kajian lama, bahkan mereka telah mengembangkan ilmu-ilmu kepada satu
perspektit baru yang lebih releven.
Ini kerana ahli matematik sebelum mereka mengunakan
matematik untuk perkara-perkara yang tidak penting kepada manusia seperti
menghitung cinta dan sebagainya.
Di dalam Matematik Islam, ia lebih banyak digunakan
untuk perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga
disebut sebagai Sunnatullah.
Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir dengan
bertemu dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam dan saintis lain.
Tujuan mereka adalah Allah.
Tidak seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan Islam
tidak hanya berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk memudahkan
kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied Math atau
matematik gunaan.
Hari ini, satu sejarah lengkap tentang Matematik
Islam masih belum ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip Ilmuan Islam
yang masih belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia.
Oleh kerana kepentingan politik yang memeningkan,
akses kepada hasil kajian mereka yang penting disekat dan dilarang.
Namun, fakta asas tentang dunia Matematik Islam
masih diketahui. Antara sebab penyekatan ini adalah untuk mengelak umat Islam
sedar yang tamadun Islam sangat banyak menyumbang kepada percambahan ilmu
pengetahuan pada masa ini.
Ia juga antara rancangan musuh Islam untuk
melenyapkan kehebatan Islam dari pengetahuan umat Islam di Zaman ini.
Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk secara
khususnya dalam penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan topik
Algebra secara tersusun dan juga dalam topik Geometri.
Beberapa penambahbaikan dalam topik Trigonometri.
Apabila Eropah keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak memerlukan masa yang
banyak untuk mengejar apa yang mereka ketinggalan, kerana semuanya hampir
lengkap. Hanya perlukan penjenamaan semula dan kembangkan ilmu itu.
No comments:
Post a Comment